Khasiat Nenas Batu Untuk Wanita
Hari ini kan...ciknahot pergi ke rumah sepupu untuk ambil Pokok Oregano, Pokok Mulberi dan Pokok Nenas Batu. Hajat dihati mahu buat satu pot mini kebun di tepi rumah ni. Doakanlah ciknahot berjaya buat. Maklumlah timing ciknahot sentiasa tidak punya banyak masa di rumah. Nak dijadikan cerita, ciknahot sangat ingin tahu apekah kelebihan Nenas Batu ini. Baca punya baca..Allahuakbar..banyak sungguh khasiatnya. Memang banyak betul khasiat untuk orang perempuan macam kita ini. Okay inilah dia Nenas Batu yang sebenar. Rupanya yang sepupu ciknahot bagi tu..nama dia nenas kecil. Nenas batu yang sebenar seperti gambar di bawah. Cuma kelebihan Nenas Kecil ni jika anda ada masalah tidak lawas, lesu, lemah,batu karang..bolehlah cuba amalkan Nenas Kecil ni ya. Okay jom ketahui kelebihan Nenas Batu ini... 1. Mengecutkam rahim selepas bersalin. Minum seminggu sekali. 2. Awet muda dan menegangkan kulit. 3. Salah satu cara untuk menjarakkan anak. 4. Melawaskan kencing, mengelakkan batu karang