Khasiat Nenas Batu Untuk Wanita

Hari ini kan...ciknahot pergi ke rumah sepupu untuk ambil Pokok Oregano, Pokok Mulberi dan Pokok Nenas Batu. Hajat dihati mahu buat satu pot mini kebun di tepi rumah ni. Doakanlah ciknahot berjaya buat.
Maklumlah timing ciknahot sentiasa tidak punya banyak masa di rumah.

Nak dijadikan cerita, ciknahot sangat ingin tahu apekah kelebihan Nenas Batu ini. Baca punya baca..Allahuakbar..banyak sungguh khasiatnya. Memang banyak betul khasiat untuk orang perempuan macam kita ini.

Okay inilah dia Nenas Batu yang sebenar. Rupanya yang sepupu ciknahot bagi tu..nama dia nenas kecil. Nenas batu yang sebenar seperti gambar di bawah.

Cuma kelebihan Nenas Kecil ni jika anda ada masalah tidak lawas, lesu, lemah,batu karang..bolehlah cuba amalkan Nenas Kecil ni ya.

Okay jom ketahui kelebihan Nenas Batu ini...

1. Mengecutkam rahim selepas bersalin. Minum seminggu sekali.

2. Awet muda dan menegangkan kulit.

3. Salah satu cara untuk menjarakkan anak.

4. Melawaskan kencing, mengelakkan batu karang dan sakit buah pinggang.

5. Melancarkan pembuangan angin.

6. Dikatakan mampu mengubati sakit buasir.

7. Melancarkan perjalanan darah dan merendahkan paras kolestrol.

8. Membuang toksin dalam badan.

9. Mampu mengatasi masalah senggu gu t dan keputihan.

10. Mengatasi masalah seksual dan kelesuan.

11. Katanya jika rajin amal, tidak perlu lagi susah amalkan maajun atau jamu.

Bagaimana Caranya Untuk Amalkan Nenas Batu ?

Mudah aje....

Letakkan air panas mendidih ke dalam jug. Cuci bersih dulu Nenas Batu ini. Kemudian masukkan ke dalam juh tadi. Biarkan selama satu jam. Keluarkkan dan tapis. Airnya bole diminum 3kali setiap kali bangun dari tidur. Baca bismillah dan selawat 3 kali kemudian minum.

Jangan buang tau Nenas Batu yang sudah direndam tadi. Keringkan di bawah cahaya matahari. Guna sehingga kelopaknya tidak kembang lagi. Biasanya ia bertahan sampai setahun.


Comments

Popular posts from this blog

Masalah Haid dan Cyst Punca Masalah Sukar Hamil

Air Tangan Suami Semasa Dalam Pantang Sangat Menggiurkan