Posts

Kelebihan Vitamin C Yang Mengandungi Bioflavonoids Asli

Vitamin C memang vitamin paling asas dan favourite untuk CiknaHot sekeluarga. Anak buah ciknahot yang anak-anak dara semua sudah terjebak dengan Vitamin C ni gara-gara masalah jerawat mereka. Sekarang alhamdulillah jerawat semakin pudar dan kulit semakin sihat. Kelebihan Vitamin C SR (Sustained Released) 1. 2. 3. 4. 5. Jika Makan Tetapi Masih Belum Berhasil. Jangan panik. Review semula cara makan, pengambilan air cukup atau okok aje, dan sekiranya simptom teruk, boleh makan dua hari sehari atau selang-selang. Yang penting sentiasa amalkan. Barulah boleh nampak kesan. Dihasilkan Dari Bahan Berikut 1. 2. 3. 4. 5.

Khasiat Nenas Batu Untuk Wanita

Hari ini kan...ciknahot pergi ke rumah sepupu untuk ambil Pokok Oregano, Pokok Mulberi dan Pokok Nenas Batu. Hajat dihati mahu buat satu pot mini kebun di tepi rumah ni. Doakanlah ciknahot berjaya buat. Maklumlah timing ciknahot sentiasa tidak punya banyak masa di rumah. Nak dijadikan cerita, ciknahot sangat ingin tahu apekah kelebihan Nenas Batu ini. Baca punya baca..Allahuakbar..banyak sungguh khasiatnya. Memang banyak betul khasiat untuk orang perempuan macam kita ini. Okay inilah dia Nenas Batu yang sebenar. Rupanya yang sepupu ciknahot bagi tu..nama dia nenas kecil. Nenas batu yang sebenar seperti gambar di bawah. Cuma kelebihan Nenas Kecil ni jika anda ada masalah tidak lawas, lesu, lemah,batu karang..bolehlah cuba amalkan Nenas Kecil ni ya. Okay jom ketahui kelebihan Nenas Batu ini... 1. Mengecutkam rahim selepas bersalin. Minum seminggu sekali. 2. Awet muda dan menegangkan kulit. 3. Salah satu cara untuk menjarakkan anak. 4. Melawaskan kencing, mengelakkan batu karang

Suami Teman Sejati Ayah Hebat Untuk Anak-anak

Image
Syukur alhamdulillah... Mengimbas kenangan zaman persekolahan memasuki tingkatan satu di Sekolah Berasrama yang jauh dari rumah emak dan abah. Menangis disaat melihat arwah abah dan.emak pulang meninggalkan aku di sebuah tempat asing. Aku tidak datang dari keluarga kaya atau sederhana. Hanya insan biasa cukup makan dan pakai. Aku ingin bersekolah dimana sahabat-sahabat aku berada. Tapi, apakandaya..aku tabahkan hati di situ selama 3 tahun. Ditempatkan di Dorm Perindu, katil atas...katil bawah adalah kakak senior yang baik hati..sampai sekarang masih lagi berhubung dengan beliau. Ditemukan dengan kak ezatun, kak ana, kak ajja..semua datu dorm..sape lagi ye..kak ayu, kak roha, paula...dan sahabat baik ku sampai sekarang..divera. Aku rindu sahabat baik semasa di sekolah rendah..lia, yan, siti.  Rindu sangat tapi terpisah sekolah..terpisah lah aku dengan mereka. Sejak itu aku belajar hidup berdikari. Jatuh dan bangun sendiri. Habis PMR, dapat lagi sahabat baik...oja and pidah. Habis SP

Hanya Dua Benda Paling Penting Wajib Ada Dalam HandBag

Allahuakbar... Jujurnya dalam handbag ciknahot cuma ada dua benda sahaja. Memang yang betul penting. Pergi shopping memang dua benda ni sahaja. Pergi kerja..lagilah. Kawan ciknahot pernah tegur..kata dia ciknahot ni cubalah make up sikit dan pakai bergaya sikit. Sebenarnya ciknahot memang teringin nak make up dan bergaya, tetapi kerja ciknahot ni bergelumang dengan peluh dan minyak. Faham-faham la kan..kalau dah bergelumang peluh dan minyak..makeup tebal seinci dari rumah pun jadi hilang. InsyaAllah la one day ciknahot akan jumpa groomer untuk ciknahot. Ok...apa barang paling hot yang ada dalam hanbag? Kalau ciknahot memang purse dan handphone ni je lah. Kalau dua ni takde memang haru...ingat lagi kisah kakna teringgal purse dan dalam masa sama berlaku perkara tidak diduga. Masa tu Allah betul-betul tolong ciknahot. Syukur.

Urusan Kerja Rumah Salah Satu Tips Mengeratkan Kasih Sayang AdikBeradik

Sebut je 'Kemas Rumah' bunyinya nampak simple sangat. Tetapi hakikatnya tidak.seperti apa yang didengari. Bagi sesetengah lelaki ia nampak seperti lompat bintang yang simple. Tetapi tahukah anda? Ini dari pengalaman ciknahot menguruskan 4 orang anak dalam sebuah rumah yang besarnya sekangkang kera. Walau sekangkang kera pun...pitam juga kalau buat sendirian. Ini rutin wajib ciknahot setiap hari... 1. Settlekan hal ehwal anak-anak dan persekolahan mereka. 2. Pergi kedai..beli lauk basah. 3. Sediakan peratan mengurut/bekam/akupuntur/spa. 4. Masak, cuci pinggan, settlekan baju kotor (tu belum masuk kalau anak kencing malam). Biasa waktu pagi memang anak-anak ciknahot ajar supaya kemas katil sebelum ke sekolah..kalau dah terlambat selalunya bila diorang balik sekolah..baru diorang kemas. Bila hari cuti, setiap seorang ada tugasan memasing. Cuci pinggan, pungut baju kotor, menyapu sampah, susun pinggan memang pembahagian tugas pada anak-anak. Siapa bilang anak lelaki tidak p

Air Tangan Suami Semasa Dalam Pantang Sangat Menggiurkan

Ya Allah...sedap sangat-sangat bila teringat. Terliur..tapi sayang...nak buat hari ini malangnya takde pula di kedai sekitar Ayer Baloi ini...huhuhu..mungkin dah kena borong. Esok kalau ada kakna masak dan upload gambar disini ya. Eh jap...ada kah ibu dalam pantang atau sedang menanti hari sedang membaca? Haaa masuk dalam buku resepi tau..senang nanti... Bahan-bahan ; Sebiji Lobak Putih Lada hitam 10biji Bilis kecil 4-5 cubit Bawang besar seulas Bawang putih 3biji Cara masak ; 1. Tumbuk lada hitam. 2. Potong 3/4 lobak putih tadi. Kemudian hiris panjang-panjang. 3. Potong dadu bawang putih dan bawang besar. 4. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak zaitun dalam kuali dan goreng bilis. Kemudian angkat. 5. Tumis bawang putih dan bawang besar kemudian bila dah naik bau, masukkan lada hitam. 6. Kemudian masukkan lobak putih..gaulkan rata hingga layu sedikit. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan gaulkan rata. Tutup api. Siappp... Eh...jangan lupa garam secukup r

Masalah Haid dan Cyst Punca Masalah Sukar Hamil

Ramai juga sahabat ciknahot yang mengalami masalah sukar hamil samada akibat masalah haid tidak teratur ataupun cyst. Ada juga yang telah mencuba pelbagai rawatan moden tetapi masih belum berhasil. Ada juga yang sudah mencuba pelbagai perubatan moden..ubatan macam-macam tetapi masih juga buntu. Jadi hari ni ciknahot nak share info ni yang ciknahot jumpa dalam satu web...sorry coknahot terlupa nak notedown nama web tu...huhuhu.. Tetapi ada syaratnya yang anda perlu buat tau sebelum buat cara yang ciknahot nak kongsikan. 1. Buat mandi garam+limau purut. 2. 21hari konsisten solat awal waktu. 3. 21hari konsisten bangun buat solat tahajjud , witir dan hajat. 4. 21 hari baca yasin dan yasin 7mubin sekali pun jadilah. Sepanjang 21 hari tu cubalah.... TETAPI ingat..mohon pada Allah. Kita sekadar berusaha bersungguh-sungguh..ALLAH jua yang akan memberi. 1 Biji Kelapa Muda. 5 Biji Lada Hitam. Setengah Cubit Garam Halus. 3 Batang Serai. Kemudian buatlah... 1. Tebuk kelapa tadi di bah