Air Tangan Suami Semasa Dalam Pantang Sangat Menggiurkan

Ya Allah...sedap sangat-sangat bila teringat. Terliur..tapi sayang...nak buat hari ini malangnya takde pula di kedai sekitar Ayer Baloi ini...huhuhu..mungkin dah kena borong. Esok kalau ada kakna masak dan upload gambar disini ya.

Eh jap...ada kah ibu dalam pantang atau sedang menanti hari sedang membaca? Haaa masuk dalam buku resepi tau..senang nanti...

Bahan-bahan ;
Sebiji Lobak Putih
Lada hitam 10biji
Bilis kecil 4-5 cubit
Bawang besar seulas
Bawang putih 3biji

Cara masak ;
1. Tumbuk lada hitam.
2. Potong 3/4 lobak putih tadi. Kemudian hiris panjang-panjang.
3. Potong dadu bawang putih dan bawang besar.
4. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak zaitun dalam kuali dan goreng bilis.
Kemudian angkat.
5. Tumis bawang putih dan bawang besar kemudian bila dah naik bau, masukkan lada hitam.
6. Kemudian masukkan lobak putih..gaulkan rata hingga layu sedikit. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan gaulkan rata. Tutup api.

Siappp...
Eh...jangan lupa garam secukup rasa....kakna bila masak sayur memang tidak pernah letak gula. To me its more delicious sebab original manis. Kurangkan risiko ya....

Cuba tau jangan tak cuba...rugi kalau tak cuba tapi lada hitam tu kalau nak tambah pun boleh cuma kalau baby masih bawah 2 minggu atau ada kuning..tidak perlu la tambah.

Selamat BerLOBAK PUTIH hokayyyy...


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Nenas Batu Untuk Wanita

Masalah Haid dan Cyst Punca Masalah Sukar Hamil