Masalah Haid dan Cyst Punca Masalah Sukar Hamil

Ramai juga sahabat ciknahot yang mengalami masalah sukar hamil samada akibat masalah haid tidak teratur ataupun cyst. Ada juga yang telah mencuba pelbagai rawatan moden tetapi masih belum berhasil.

Ada juga yang sudah mencuba pelbagai perubatan moden..ubatan macam-macam tetapi masih juga buntu. Jadi hari ni ciknahot nak share info ni yang ciknahot jumpa dalam satu web...sorry coknahot terlupa nak notedown nama web tu...huhuhu..

Tetapi ada syaratnya yang anda perlu buat tau sebelum buat cara yang ciknahot nak kongsikan.

1. Buat mandi garam+limau purut.
2. 21hari konsisten solat awal waktu.
3. 21hari konsisten bangun buat solat tahajjud , witir dan hajat.
4. 21 hari baca yasin dan yasin 7mubin sekali pun jadilah.

Sepanjang 21 hari tu cubalah.... TETAPI ingat..mohon pada Allah. Kita sekadar berusaha bersungguh-sungguh..ALLAH jua yang akan memberi.

1 Biji Kelapa Muda.
5 Biji Lada Hitam.
Setengah Cubit Garam Halus.
3 Batang Serai.

Kemudian buatlah...

1. Tebuk kelapa tadi di bahagian atas.
2. Tumbuk 5 biji lada hitam tadi kemudian masukkan dalam air kelapa tadi.
3. Ketuk 3batang serai tadi dan masukkan dalam kelapa.
4. Masukkan setengah cubit garam.
5. Bakar kelapa di atas dapur gas.

Sebelum minum tu bacalah...
Alfatihah 1x
Bismillah 5 3x
Al Ikhlas 3x
Selawat 3x

Semoga Allah makbulkan impian anda ya... Aamiin..

SELAMAT MENCUBA


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Nenas Batu Untuk Wanita

Air Tangan Suami Semasa Dalam Pantang Sangat Menggiurkan