Urusan Kerja Rumah Salah Satu Tips Mengeratkan Kasih Sayang AdikBeradik

Sebut je 'Kemas Rumah' bunyinya nampak simple sangat. Tetapi hakikatnya tidak.seperti apa yang didengari. Bagi sesetengah lelaki ia nampak seperti lompat bintang yang simple. Tetapi tahukah anda?

Ini dari pengalaman ciknahot menguruskan 4 orang anak dalam sebuah rumah yang besarnya sekangkang kera. Walau sekangkang kera pun...pitam juga kalau buat sendirian.

Ini rutin wajib ciknahot setiap hari...
1. Settlekan hal ehwal anak-anak dan persekolahan mereka.
2. Pergi kedai..beli lauk basah.
3. Sediakan peratan mengurut/bekam/akupuntur/spa.
4. Masak, cuci pinggan, settlekan baju kotor (tu belum masuk kalau anak kencing malam).

Biasa waktu pagi memang anak-anak ciknahot ajar supaya kemas katil sebelum ke sekolah..kalau dah terlambat selalunya bila diorang balik sekolah..baru diorang kemas.

Bila hari cuti, setiap seorang ada tugasan memasing. Cuci pinggan, pungut baju kotor, menyapu sampah, susun pinggan memang pembahagian tugas pada anak-anak. Siapa bilang anak lelaki tidak perlu diajar urusan mengemas..anak lelaki macam anak perempuan juga. Wajib ajar mereka.

Bila petang pulak...tugasan tutup tingkap, pasang ubat nyamuk dan mandikan adik mereka settlekan. Orang nampak macam dera anak kan..tapi ciknahot nak anak-anak bila besar nanti pandai bawak diri pandai tolong isteri tahu tolong ibu dan ayah.

Kami mahu mereka belajar hidup sederhana, berusaha siapkan kerja dan kerjasama adik beradik. Biar ikatan ini lebih kukuh dan utuh apabila dibuat bersama dan susah senang bersama.

Aamiin


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Nenas Batu Untuk Wanita

Masalah Haid dan Cyst Punca Masalah Sukar Hamil

Air Tangan Suami Semasa Dalam Pantang Sangat Menggiurkan