Suami Teman Sejati Ayah Hebat Untuk Anak-anak

Syukur alhamdulillah...

Mengimbas kenangan zaman persekolahan memasuki tingkatan satu di Sekolah Berasrama yang jauh dari rumah emak dan abah. Menangis disaat melihat arwah abah dan.emak pulang meninggalkan aku di sebuah tempat asing. Aku tidak datang dari keluarga kaya atau sederhana. Hanya insan biasa cukup makan dan pakai.

Aku ingin bersekolah dimana sahabat-sahabat aku berada. Tapi, apakandaya..aku tabahkan hati di situ selama 3 tahun. Ditempatkan di Dorm Perindu, katil atas...katil bawah adalah kakak senior yang baik hati..sampai sekarang masih lagi berhubung dengan beliau.

Ditemukan dengan kak ezatun, kak ana, kak ajja..semua datu dorm..sape lagi ye..kak ayu, kak roha, paula...dan sahabat baik ku sampai sekarang..divera. Aku rindu sahabat baik semasa di sekolah rendah..lia, yan, siti.  Rindu sangat tapi terpisah sekolah..terpisah lah aku dengan mereka.

Sejak itu aku belajar hidup berdikari. Jatuh dan bangun sendiri. Habis PMR, dapat lagi sahabat baik...oja and pidah. Habis SPM, jumpa lagi sahabat baik ajja, sue, zura, naza...sehinggalah melanjutkan pelajaran.

Kekasih memang tidak ada lagi. Siapalah yang suka orang macam aku. Masa tu impian melangit...nak pakwe begini..begitu hahaha...sampailah tahun kedua, terjumpa dengan Mr.Perfect...ex-student UKM. Namun apakan daya jodoh tak panjang, macam-halangan. Bertemu pula dengan Pensyarah di UPM, pun tiada jodoh.

Tamat study, pulang ke Johor...jumpa balik dengan bff Oja...kehulu kehilir dengan dia sampai bercinta dengan MA di Hospital Permai. Apakan daya..bukan jodoh juga. Hinggalah bertemu semula dengan kekasih lana...ex-student UKM..dah jadi seorang pendidik berjaya.

Cuba untuk.menyambung semula tetapi EGO memisahkan kami juga..sehinggalah tiba MY MR.PERFECT 69. Orang biasa, sederhana tetapi sangat sempurna di mata ciknahot. Allah itu merancang sangat Excellent. Kita manusia banyak kekurangan tetapi dia terima kekurangan saya seadanya dan yakin dengan aturan Allah untuknya.

Ya Allah...terima kasih atas pertemuan ini. Aku sangat tidak sempurna dan banyak kekurangan. Aku belajar erti hidup dari kepayahan kehidupan sejak aku hidup sendiri di asrama. Datang bukan dari keluarga berada, tidak ramai kawan mahu terima aku sebagai sahabat baik dan kekasih.

KAU berikan aku pelangi yang luarbiasa. Kerdilnya rasa diri ini. Terima kasih Allah atas anugerah ini. Dari gabungan ketidaksempurnaan hidup kami DIKAU berikan kami 4 orang insan kecil pelengkap hidup kami. Syukur ya Allah. Syukur sangat.

Tengok ni..dalam ciknahot sedang mahu siap menulis entry ini..Suamiku siap dah masakkan ciknahot Spagetti Carbonara dan hulur ni sepinggan untuk ciknahot. Allahuakbar... Alhamdulillah...

"Nikmat Allah Yang Mana Engkau Dustakan"


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Nenas Batu Untuk Wanita

Masalah Haid dan Cyst Punca Masalah Sukar Hamil

Air Tangan Suami Semasa Dalam Pantang Sangat Menggiurkan